SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA SELANGOR

Proaktif Kreatif Innovatif

Alamat dan peta

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA SELANGOR

45600 BESTARI JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN 

Tel; 03-32718370

Fax: 03-32718371

  21 km dari Bandar Baru Kuala Selangor arah Rawang/UniSEL

 

 

 Lagu Sekolah

Menjunjung cita negara

Melahir insan mulia

Kami tekun berusaha

Mendukung harapan bangsa

 Guru berdidekasi

Menjadi sandaran kami

Mendepani teknologi

Cabaran globalisasi

 Kami proaktif minda kreatif

Innovatif budaya kami

Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor

Berbudi dan berjasa

 

 

 BENDERA SEKOLAH

 

REKABENTUK

Rekabentuk bendera berdasarkan satu bentuk elips yang terletak di tengah-tengah latar putih. Pada garisan elips tersebut terdapat tiga bulatan yang mempunyai tiga warna seolah-olah berkejar-kejaran pada jarak 120º.

Bentuk elips menggambarkan alam pendidikan yang sentiasa bergerak maju dari semasa ke semasa. Tiga bulatan yang berkejar-kejaran seperti elektron dalam satu atom melambangkan tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Setiap kursus sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik.

 WARNA

Latar belakang bendera berwarna putih melambangkan jiwa para pelajar yang suci bersih dan berpotensi maju dalam pendidikan, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Tiga bulatan berwarna biru, merah dan hijau yang menggambarkan electron dalamsatu atom. Ia melambangkan tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik  Kuala Selangor, iaitukursus Pengajian Kejuruteraan Awam yang diwakili dengan warna hijau. Pengajian Kejuruteraan Elektrik diwakili oleh warna merah dan warna biru mewakili kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

 MOTO

Moto yang digunakan pada bendera Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor ialah Proaktif,Inovatif dan Kreatif. Keputusan pelajar memilih aliran teknikal merupakan tindakan yyang proaktif sebelum melangkah ke IPT. Adalah diharapkan parapelajar akan bersungguh-sungguh menimba ilmu dan menekankan elemen-elemen inovatif dan kreatif.

 

 

LENCANA SEKOLAH

 

 

Warna

Merah dan Kuning melambangkan warna negeri Selangor.

Biru dan Kuning yang berselang seli melambangkan keyakinan untuk melangkah kehadapan.

Hijau melambangkan kedamaian dan ketenteraman perekitaran sekolah.

 

Banner

Melambangkan segulung pengiktarafan kecemerlangan ilmu seumpama segulung ijazah.

Manakala Slogan Proaktif Kreatif Innovatif adalah pemangkin kepada kejayaan dalam sains dan teknologi.

Kelalang di tengah Pentagon

Merupakan lambang pengajian sains dan teknologi.

Manakala jalur kuning dan biru yang berjumlah 16 adalah merupakan nilai murni dalam falsafah pendidikan Negara.

Segilima sama (Pentagon)

Melambangkan rukun negara sebagai seorang warganegara yang berkeperibadian tinggi.

Melambangkan rukun Islam sebagai panduan hidup dan amalan.

Gabungan Kelalang dan pentagon membentuk mata pena melambangkan menuntut ilmu.